KENAPA
AKU DIUJI?
“Apakah
manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami
telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami
telah memuji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg
dusta.” –Surah
Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA
AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh
jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, dan
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” –Surah
Al-Baqarah ayat 216
KENAPA
UJIAN SEBERAT INI?
“Allah
tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya..”
–Surah
Al-Baqarah ayat 286
RASA
FRUST?
“Janganlah
kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang
beriman.”
–Surah
Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA
HARUS AKU HADAPINYA?
“Wahai
orang-orang yg beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran
dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah
kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan),
dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan
) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu Berjaya (mencapai
kemenangan).” –Surah
Al-Imran ayat 200
“Dan
mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yg khusyuk” –Surah
Al-Baqarah ayat 45
APA
YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
“Sesunggunhya
Allah telah membeli dr org mukmin, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka…” –Surah
At-Taubah ayat 111
KEPADA
SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah
Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.Hanya kepadaNya aku
bertawakkal.” –Surah
At-Taubah ayat 129
AKU
DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!
“…..dan
janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir” –Surah
Yusuf ayat 12
KHAS
UNTUKMU SAHABATKU
“Bila
engkau letih dan hilang rasa semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah
berusaha sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu
kedukaan, ALLAH telah mengira titisan airmatamu. Bila engkau rasa
kehilangan dan masa meninggalkanmu, ALLAH sentiasa disisimu. Bila
engkau telah cuba segala tapi tidak tahu apa tujuan, ALLAH ada jalan
penyelesaian. Bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa,
ALLAh adalah jawapannya”
CARILAH
KEREDHAAN ALLAH KERANA IANYA TERLALU INDAH
MOGA
DIRIMU, KELUARGAMU DAN INSAN-INSAN DISISIMU SENTIASA MENDAPAT
KEBERKATAN DAN KEREDHAAN ILAHI DALAM MENJALANI KEHIDUPAN INI.
AMIN………………
IKHLAS,
SAUDARA SEISLAMMU.
UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan