KALAU AKU KAYA!
Kalau aku kaya, hari-hari hari raya....bit lagu dari Awie Rafael Kalau Aku Kaya semakin dikenali dan menitiu di bibir peminat muzik tanahair. Lagu ini seakan meluahkan kebenaran bahawasanya ramai orang yang inginkan kesenangan hidup, kekayaan serta kemewahan. Malahan pemikiran kita seakan disetkan bahawa kekayaan mampu menyelesaikan segala masalah yang kita sedang hadapi. Ya. Memang kekayaan merupakan penyelesaian kepada banyak masalah. Namun harus diingat, jangan pula kekayaan ini menjadi punca kepada masalah yang lebih besar kelak. Mungkin jua kekayaan itu menghilangkan setengah memori kita. Saat sukar dalam hidup yang selama ini menjadi panduan menelosori hidup dengan penuh berhati-hati, akan lenyaplah pengajaran tersebut seandainya kita gagal menakhoda sisi kehidupan baru kita yang pada pandangan mata kasar sangatlah indah.
Namun tiada salah untuk berusaha ke arah kekayaan iaitu mendapatkan nikmat dan rezeki yang Allah s.w.t hamparkan di muka bumi ini. Jalan mendapatkan rezeki ini pula mestilah betul dan secara menurut syarak.
Blog diterbitkan bertujuan mengasah kemahiran menulis serta menambah kenalan disamping berkongsi pengalaman serta pengetahuan penulis dengan para pembaca. Segala bahan terbitan adalah keputusan penulis sendiri tanpa pengaruh atau tekanan daripada pihak luar. Penulis juga mengalu-alukan sebarang komen membina atau kritikan demi membangunkan lagi Blog Angan-angan Cyber ini. Apa jua pendapat boleh dikirim pada ruangan yang disediakan. Selamat membaca penulis ucapkan.
Rabu, 27 Ogos 2014
Rabu, 13 Ogos 2014
Kalaulah aku..........
Kalaulah kalau menjadi kenyataan
Manusia memang sukakan perkataan "kalau", tak kiralah sebagai alasan atau angan-angan. Tapi kadang-kadang "kalau" juga digunakan sewaktu berjanji. Ketika termenung sendirian, penulis banyak berfikir, berangan-angan..dengan tiba-tiba perkataan kalau menjadi sesuatu yang menarik minat penulis. Ye...ini permulaan langkah ke arah perubahan. Sesetengah orang menganggap "kalau" sebagai sesuatu yang negatif, tetapi entry selepas ni, penulis akan cuba memaparkan sisi positif "kalau" Nantikan entry seterusnya dalam masa terdekat kalau ada masa.
Manusia memang sukakan perkataan "kalau", tak kiralah sebagai alasan atau angan-angan. Tapi kadang-kadang "kalau" juga digunakan sewaktu berjanji. Ketika termenung sendirian, penulis banyak berfikir, berangan-angan..dengan tiba-tiba perkataan kalau menjadi sesuatu yang menarik minat penulis. Ye...ini permulaan langkah ke arah perubahan. Sesetengah orang menganggap "kalau" sebagai sesuatu yang negatif, tetapi entry selepas ni, penulis akan cuba memaparkan sisi positif "kalau" Nantikan entry seterusnya dalam masa terdekat kalau ada masa.
Ahad, 3 Ogos 2014
Perniagaan, Talian Hayat untuk kita
DADIH
"Kemiskinan membawa kepada kekufuran". Benar bukanlah kekayaan atau kemiskinan seseorang menjadi ukuran kepada keimanannya kepada Maha Pencipta. Akan tetapi hakikat ini janganlah diabaikan bahawasanya Allah menyuruh hambanya mencari kehidupan di dunia dalam masa yang sama jangan lupa melaksanakan suruhanNya.
Suatu ketika dulu, saat aku masih tidak bekerja terasa diri tidak bermanfaat. Malah pernah juga memikirkan bilakah saatnya aku akan dikurniakan kesenangan dan keselesaan. Sabda Nabi S.A.W bahawa "9/10 pintu rezeki datangnya daripada perniagaan".Oh, apa salahnya kalau aku mencuba.
Macam-macam idea datang tapi tak semua aku rasa aku boleh buat. Apa kemahiran yang aku ada??
Dipendekkan cerita suatu hari ketika menemani kakakku membeli barang dapur, terpandang satu bungkusan.........
Oh...dadih!
Aku sendiri pun tak pernah makan dadih. Tapi baru-baru ni aku ada menonton drama Jepun..."My Boss My Hero" kalau tak salah tajuknya. Dalam drama tersebut menjadi kegilaan para pelajar sekolah untuk makan jelly, aku sendiri tak ingat apa namanya (sebab dalam drama tersebut jelly tersebut diberi nama). Setiap kali waktu rehat di sebuah sekolah tinggi di Jepun, para pelajar akan berlumba-lumba menuju ke kantin untuk membeli jelly yang dijual dalam jumlah terhad iaitu 20 biji setiap hari. Jelas lakonan mereka menunjukkan perasaan kecewa yang amat terkesan kepada penonton jika mereka tidak dapat menikmati jelly tersebut.Eh..kita tinggalkan cerita di Jepun itu...cuma dari sanalah timbul idea aku untuk mencuba sesuatu yang tak pernah aku buat, bidang masakan. Dadih! Ya..amat mudah bagi golongan chef atau mereka yang sudah biasa memasak. Bagi aku ianya terlalu baru, asing kerana sebelum ni aku tak pernah memasak. Memikirkan keperluan terhadap duit untuk menanggung hidup, aku cuba.
Masa tu aku boleh buat 20-30 dadih untuk aku tumpang van iparku yang pusing kampung untuk menjual ikan. Hari pertama, dadih strawberry aku buat. Habis terjual. Wah...semakin semangat aku nak teruskan usaha ni. Tapi masa tu aku pun tak pernah kira untung rugi. Setahu aku, jual RM1 setiap dadih. Masa berlalu hinggalah aku dapat kerja tetap.
Dah ada kerja tetap, tahun pertama, kedua masih boleh menanpung diri. Tahun ketiga sudah berkeluarga, perbelanjaan bertambah. Gaji tak seberapa, aku mula terfikir balik nak berniaga. Ya, dadih lagi. Kali ni, aku keluarkan modal cukup banyak untuk beli chiller. Aku sewa tapak di kedai makan milik kawan aku. Setelah berbincang, dia tetapkan sewa RM50 sebulan untuk bayar bil elektrik. Aku cuba cipta kelainan, buat dadih berlapis. Pelbagai perisa aku cuba. Kali pertama aku buat 60 bekas dadih dengan jualan Rm1.50. Setiap 2 hari dadih akan habis dan aku perlu buat baru. Seterusnya aku buat keputusan meningkatkan jumlah jualan, langkah pertama tingkatkan jumlah penghasilan dadih. Aku boleh buat 90 bekas dadih daripada 3 bungkus perisa. Memang berbaloi. Walaupun memakan masa 3 jam menyiapkan jumlah tersebut tetapi jualan dalam masa 2-3 hari memberikan aku pendapatan tambahan yang cukup untuk menampung keluarga sebagai duit tambah daripada gaji tetap. Sekurang-kurangnya ada tabungan kecemasan untuk kami sekeluarga. Inilah hakikat hidup. Satu pendapatan sebenarnya belum cukup untuk menampung hidup pada masakini. Perbelanjaan semakin meningkat, kos sara hidup meningkat tidak seiring dengan kenaikan pendapatan. Semuanya serba tidak cukup. Terus terang aku katakan, semakin hari semakin sukar untuk menghambat peredaran zaman yang semakin mahal ini. Peranan kita kini, usaha sendiri untuk membolehkan kita meneruskan hidup, bukan lagi masa untuk bersenang lenang. Aku masih mencari ruang dan peluang untuk menambah pendapatan keluarga. Sekian
Rabu, 30 Julai 2014
Futuristic bike...motor mmg menjadi salah satu kecintaan aku..zaman sekolah dulu motor pertama aku guna jenis Yamaha SR-X 100...masa tu baru pandai menunggang...jadi byk la terlibat dengan kemalangan walaupun semuanya kemalangan kecil...tp takut tetap ada..cuma feel menunggang ni hanya orang tertentu je yg "feeling great"...terutama bila pokok2 dan line putus2 jalan tu nampak semakin cepat bersambung...hahahaha....seterusnya upgrade la aku kpd Suzuki RG Sport 110..masa ni dah pandai layan speed..sampai berair mata...tp yg peliknya aku xsuka racing..aku speed sorg2 je...dengan anggapan kegiatan aku tu lebih mulia dpd lumba haram...konon...hahaha...naik form 6 down grade.. Yamaha pisang. Ye...Yamaha pisang nama dia..aku yg bagi...sebenarnya Yamaha Y80 warna biru...pagi2 pergi sekolah habis semua motor kena overtake...laju moto aku ni...tp tiap kali lepas habis overtake mesti motor aku jammed...masa tu losser2 td tu overtake aku blk...aku buat2 berhenti ambik barang jatuh...kes malu ni beb...zaman bekerja pun tiba..kebebasan penggunaan duit sendiri menyebabkan dunia motor aku mula menjadi kategori pembaziran. 3 bulan kerja aku pun beli Yamaha Lagenda Z115...dengan hajat nak kelajuan...ahhhh....!!!mengecewakan...5 bulan je pakai...aku jual balik sebab aku pernah overtake 1 van buruk..sampai di tengah van....aku ditinggalkan bertiang2 oleh van tersebut..jahatnya pemandu...xbagi peluang aku rasa happy...aku pun bertukar kpd Yamaha 135LCES 2011...dengan impian yg sama...mahukan kelajuan...2 tahun 6 bulan aku gunakan ulang alik kerja sejauh 27,870km...motor ni aku lanyak sungguh2...tp bertuahnya tak pernah rosak...salute Yamaha sbb produced mechine kecil yg jinak tp garang ni...masuk tahun ke4 bekerja nafsu dah xterkawal...haaa....nk beli motor besar la tu????...xde la...kalau ikutkan kehendak mmg aku nk yg besar2..tp apakan daya..memikirkan keperluan mengatasi kehendak...tp kehendak tetap perlu dipenuhi..aku pun membeli sebuah sportbike...medium class...Kawasaki Ninja 250 SE...habis RM30K sebab nak penuhi kehendak hobi aku....merasalah aku perasaan apabila menunggang pada kelajuan tinggi..sebelum ni telan air liur je tgk org speeding...tp kata org...besar periuk besarlah keraknya...semakin kita melayan kehendak semakin dia berkehendak..mengimpikan motor yg lebih berkuasa..namun masih menunggu peluang mengecap rezeki tersebut...tp...keutamaan adalah kpd keluarga & anak yang semakin membesar.....insya Allah aku akan cuba menyeimbangkan kebahagiaan keluarga & kepuasan kendiri...hehehe...terima kasih kawan2 kerana sudi membaca entry sy pada kali ini...kata org..kita perlukan kawan pendengar agar tekanan dalaman berkurangan...jumpa lg entry seterusnya..... ;)
Labels:
belanja,
bigbike,
duit,
gaji,
hobi,
mahal,
membazir,
motor,
pendapatan,
perniagaan,
shopping
Location:
Sibu, Sarawak, Malaysia
Assalamualaikum w.b.t...Selamat Hari Raya Aidilfitri...ku hulur tangan mohon keampunan..hehe...1st time nk tulis blog rasenye...dah reg setahun tp xde ms nk update..tahun ni bersama isteri & ank beraya di perantauan..Sarawak...adohhh....rindu beb keluarga di Pahang, N.9 & Perak...masakan semenanjung...mujur ade si isteri yg xjemu memenuhi selera si suami smpai kebanyakan baju xlg muat utk aku sarung..hahaha...xpe la..nnt kene tgkatkan senaman supaya terus fit...sebenarnya xtahu apa konsep penerbitan blog aku pd kali ni...masih belajar walau di usia senja...keh...keh....lepas ni rasa2 nk update berkenaan pengalaman...motivasi & resepi...pelik ke kalau lelaki kongsi resepi??xsalah kot..hehehe...ok see u later friends!!!
Labels:
hadiah,
hidup,
kasih,
kebahagiaan,
kekayaan,
peraduan,
perniagaan,
resepi,
sayang
Location:
Julau, Sarawak, Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)


