Sabtu, 2 April 2016

Kreatif dalam penjimatan ruang - MiniAgro

Kretif..ruang untuk menanam sayur kini lebih menjimatkan..
1. Bahan2


a. Paip 5 kaki
b. botol kaca(botol kicap)
botol mineral 1.5l
c. penymbur api
d. pembaris
e. gergaji besi
f. sedikit air.


2.  Lukis garisan seperti di dalam gambar ikut kehendak sendiri..dalam gambar 20 cm dari atas sampai bawah. Garisan berkenaan ambil gergaji besi lubangkan sedikit

3. Basahkan tampat dilukis, kemudian panaskan tempat lukis tersebut atas bawah berulang2 pengunakan penyembur api

4.  Selepas panaskan paip, masukkan botol bentukkan seperti dibawah

5.  Hasil lubang yang terbentuk untuk semaian


6. Masukkan pasir bercampur baja.Potong botol mineral, tebuk sedikit lubang pada tudung.letakkan seperti dalam gambar dan masukkan air. Boleh tanam atau buat tapak simen seperti di dalam gambar.

[ kredit kepada Nik Ismail/ FB]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan