Isnin, 18 April 2016

KALANGAN MEREKA INILAH YANG AKAN MENGHARGAI KERJA...WAJARKAH PELUANG MEREKA DINAFIKAN?


ARKIB : 27/08/2014

Nasib pelajar kolej jururawat swasta


Beberapa jururawat memberi layanan mesra kepada pesakit. Kejururawatan adalah kerjaya murni dan dihormati orang ramai. - GAMBAR HIASAN
SAYA adalah salah seorang pelajar jururawat di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur, ingin menyatakan rasa kecewa dengan cara pengambilan jururawat sama ada di hospital kerajaan mahupun swasta.
Saya dan ramai rakan masih lagi tidak mendapat pekerjaan sebagai jururawat di mana-mana hospital. Sebilangan kecil rakan-rakan yang sudah mempunyai pekerjaan di hospital swasta kerana dibantu oleh `orang dalam`.
Saya adalah pemegang Diploma Kejururawatan. Saya memulakan pengajian pada 2008 dan sepanjang tempoh pengajian, saya dihantar untuk melakukan latihan amali di hospital kerajaan.
Antaranya, Hospital Pulau Pinang, Hospital Kulim Kedah, Hospital Sibu Sarawak, Hospital Kajang, Hospital Jengka Pahang dan Klinik Kesihatan Simpang Ampat, Kedah.
Saya tamat pengajian pada 2011 dan telah lulus Ujian Lembaga Jururawat.Setelah tamat pengajian, saya telah mengisi permohonan jururawat secara atas talian di laman portal SPA.
Di samping itu, saya juga menghantar permohonan jawatan jururawat di hospital-hospital swasta seperti Columbia Asia, Hospital KPJ serta lain-lain hospital swasta.
Saya ada menerima panggilan temuduga di beberapa hospital swasta contohnya seperti KPJ Johor, Mount Miriam Cancer Hospital Penang, Island Hospital Penang dan pusat haemodialisis di Petaling Jaya.
Namun malangnya setiap hospital yang saya hadiri untuk temuduga mengecewakan. Ini kerana mereka inginkan calon yang berpengalaman sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun.
Walaupun saya memiliki CGPA 3.5 ke atas, namun saya gagal untuk mendapat pekerjaan. Hanya kerana tidak mempunyai pengalaman pekerjaan di hospital.
Jika saya tidak diberi peluang untuk bekerja di hospital, bagaimana saya boleh memiliki pengalaman. Mereka rata-rata menyatakan latihan praktikal yang saya jalani semasa di kolej sahaja tidak mencukupi untuk saya mendapat pekerjaan sebagai jururawat di hospital.
Sedangkan sukatan pelajaran yang kami belajar di kolej swasta adalah selari dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kecewa dengan kegagalan temuduga di setiap hospital, saya nekad mencari pekerjaan lain dari bidang kejururawatan, mengenangkan hutang PTPTN sebanyak RM60,000 yang perlu dilunaskan.
Pada awal April 2012, saya memohon pekerjaan di sebuah bank. Akhirnya saya dipanggil untuk temuduga di bank tersebut dan berjaya dalam temuduga itu. Walaupun hati saya kecewa tetapi saya masih lagi menantikan panggilan dari mana-mana hospital.
Pada November 2013, saya telah menerima surat panggilan temuduga jururawat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Temuduga yang saya hadiri bertempat di Wima Ansar Johor Bharu.
Rata-rata yang menghadiri temuduga adalah mereka yang berkhidmat di hospital swasta.
Pada Disember 2013, saya menerima surat jawapan temuduga.
Jawapan yang saya terima adalah sebagai Calon Simpanan Lantikan. Surat tersebut juga menyatakan tempoh simpanan lantikan adalah selama setahun.
Saya ada menghubungi rakan-rakan yang sama-sama menghadiri temuduga tersebut, rata-rata yang bekerja di hospital swasta yang berjaya mendapatkan jawatan jururawat kerajaan.Calon yang tidak berpengalaman hanya menjadi calon simpanan sehingga kini.
Kini sudah hampir September 2014, hanya tinggal beberapa bulan sahaja untuk tamat tempoh sebagai calon simpanan lantikan. Terasa rugi dengan pengajian yang saya ambil selama 3 tahun dengan kos PTPTN yang berjumlah RM60,000 dan masih lagi tidak bekerja sebagai jururawat.
Diploma Kejururawatan yang saya perolehi saya gunakan untuk bekerja di bank dan bukan di hospital. Walaupun saya bekerja di bank dan bukan di hospital, atas dasar tanggungjawab sebagai seorang berhutang dan sebagai seorang Muslim yang memegang amanah, saya tetap membayar pinjaman PTPTN tiap bulan. Harapan saya dan juga rakan-rakan yang senasib seperti saya akan dibela.
Saya percaya pihak kerajaan mahupun swasta masih lagi kekurangan kakitangan. Jika diberi peluang dan latihan pasti kami yang tidak berpengalaman boleh menjadi mahir serta mendapat tempat untuk berkhidmat.
Sekaligus kami pelajar swasta yang mengambil pinjaman PTPTN boleh membayar semula pinjaman tersebut melalui potongan gaji. Saya harap ilmu yang saya perolehi selama 3 tahun dapat dimanfaatkan dan tidak dipersiakan.
Terima kasih.
Yang benar,
AMIRAH ABDUL HAMID


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Forum/20140827/fo_01/Nasib-pelajar-kolej-jururawat-swasta#ixzz46CL0E0v7 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ahad, 17 April 2016

VIRUS...BAKTERIA...KOTORAN MEREBAK DARI MANA??


BEBERAPA TAHUN lalu, ketika jangkitan virus Influenza A (H1N1) berleluasa, ramai bimbang dan mengambil pelbagai langkah proaktif untuk mengelak daripada terkena penyakit dengan mencuci tangan sekerap mungkin, menutup mulut dan hidung apabila batuk atau orang lain batuk serta membawa tisu dan cecair pembersih tangan ke mana saja mereka pergi. Malah, ada yang sangat berhati-hati sehingga menggunakan kunci kereta atau pen untuk menekan butang lif atau tidak mahu memegang susur tangan ketika menaiki mahupun menuruni tangga.



Semua ini dilakukan untuk mengelak daripada menyentuh permukaan yang kerap disentuh dan mengurangkan risiko mendapat jangkitan virus berkenaan. Jika di hospital pula ramai yang sanggup beratur hendak menggunakan cecair pembersih tangan sebelum dan selepas melawat pesakit.

Bagaimanapun, amalan itu tidak bertahan lama, ia hanya dilakukan kerana kebimbangan mendapat jangkitan virus H1N1 saja. Kini, apabila keadaan kembali ‘tenang,’ ramai mula lupa saranan yang diberikan untuk melindungi diri daripada jangkitan.

Menurut Ketua Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh, Dr Christopher Lee, mencuci tangan adalah antara kaedah paling mudah, murah dan berkesan untuk menyekat penularan penyakit berjangkit.

Menurutnya, mencuci tangan bukan sekadar mencegah pemindahan virus H1N1 saja, malah turut membabitkan semua virus dan bakteria berbahaya yang sentiasa menunggu peluang untuk menyerang kita.

Katanya, apa yang menyedihkan ramai masih memandang remeh kepentingan mencuci tangan dengan betul dan mungkin mereka tidak tahu bahawa tangan adalah antara anggota yang banyak organisma halus, sama ada bakteria, virus atau alga.

Malah, ia juga menjadi ‘pengangkutan’ paling efisien untuk bakteria dan virus berpindah kerana apabila kita menyentuh muka terutama mata, hidung atau mulut; organisma halus ini akan terus sampai ke ‘pintu masuk’ badan.

“Tangan petugas perubatan seperti doktor, jururawat dan pekerja hospital lain juga boleh tercemar melalui pelbagai cara termasuklah ketika mengambil darah pesakit, memeriksa tekanan darah atau nadi pesakit, membantu pesakit bergerak, menyentuh pakaian atau cadar tilam pesakit, memegang peralatan dalam wad termasuklah katil, lampu meja mahupun pam intravenus (bagi memasukkan cecair ke dalam salur darah).

“Inilah sebabnya pencucian tangan sangat penting bagi petugas perubatan kerana mereka boleh memindahkan bakteria atau virus daripada seorang pesakit kepada pesakit lain atau pada diri sendiri,” katanya pada majlis penutup kempen ‘Tangan Bersih, Hidup Sihat’ yang dijalankan dengan kerjasama Antabax dan Hospital Sungai Buloh.

Jurnal Perubatan New England 2006 melaporkan ramai doktor dan jururawat ‘terlupa’ untuk mencuci tangan mereka sebelum menyentuh pesakit. Walaupun kajian ini dilakukan di luar negara tetapi tidak mustahil turut berlaku di kalangan kakitangan perubatan di sini. Jadi, sebagai pesakit kita berhak meminta doktor atau jururawat untuk membersihkan tangan mereka terlebih dulu sebelum memberi rawatan atau membuat pemeriksaan terhadap pesakit.

Dalam kempen ini, 33 sekolah, lebih 2,000 kedai makanan dan minuman, suku juta pengguna pengangkutan awam dan petugas barisan depan pelancongan di hab pengangkutan Semasa Sentral serta pesakit dan pelawat Hospital Sungai Buloh menerima bahan pendidikan yang disediakan Kementerian Kesihatan dan produk Antabax. Bahkan, mereka juga diberikan panduan bagaimana dan bila seseorang itu mesti membasuh tangan.



Pada 2009, lebih 17,000 kes penyakit tangan, kaki dan mulut dilaporkan di Malaysia; 18,000 kes batuk kering dan 15,584 kes terkumpul (sehingga Ogos 2010) jangkitan H1N1. Itu belum termasuk kes keracunan makanan. Sebenarnya, semua jangkitan ini boleh dicegah dengan memberi penekanan terhadap kebersihan tangan.

Malangnya, selepas pelbagai kempen kesihatan dan kesedaran dijalankan, pengetahuan masyarakat mengenai cara pencucian tangan masih kurang memuaskan walaupun ramai tahu kepentingannya. Hasil kajian selepas demonstrasi kebersihan tangan yang dijalankan dalam kempen itu, didapati hampir 90 peratus peserta bukan daripada sektor kesihatan tidak tahu cara mencuci tangan dengan betul, kata Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Diri dan Isi Rumah Lam Soon, Carmen Foo.

Katanya, kajian itu juga menunjukkan orang dewasa juga perlu diberi pendedahan kepada kaedah penjagaan kesihatan paling asas (mencuci tangan) walaupun kumpulan sasaran kempen berkenaan ialah kanak-kanak sekolah rendah yang lebih terdedah kepada kuman kerana kebanyakan masa mereka dihabiskan di luar rumah.

Cara mencuci tangan

Ia sangat mudah, iaitu dengan menggunakan sabun dan air. Sabun mandi biasa sudah memadai kerana ia juga memberi kesan yang sama dengan sabun antibakteria.

Caranya: Basahkan tangan dan lumurkan dengan sabun. Gosok kedua-dua tangan selama sekurang-kurangnya 15 saat, dengan tumpuan kepada tapak tangan, celah jari, kuku, bahagian belakang dan pergelangan tangan. Akhir sekali, bilas dengan air bersih dan lap hingga kering.

Perlukah menggunakan air suam untuk mencuci tangan? Tidak perlu kerana air hangat tidak cukup panas untuk membunuh bakteria. Kajian menunjukkan penggunaan air suam tidak memberi kesan lebih baik daripada air pada suhu bilik dalam mengurangkan jumlah bakteria di tangan.

Sebaliknya bakteria membiak dengan lebih cepat pada suhu badan (37'C). Bagaimanapun, jika tangan anda berminyak, air suam dan sabun dapat membersihkan tangan dengan lebih baik.

Perkara penting yang perlu anda ingat selepas mencuci tangan ialah mengelap tangan hingga kering sama ada menggunakan kertas tisu atau tuala bersih. Penggunaan tisu didapati lebih baik daripada mesin pengering tangan seperti yang tersedia di kebanyakan pusat komersial.

Kajian Universiti Westminster London pada 2008 mendapati jumlah bakteria pada tangan yang dikeringkan dengan mesin pengering (menggunakan udara panas) meningkat 254 peratus pada tapak tangan dan 194 peratus di hujung jari).

Tangan yang dikeringkan dengan mesin pengering jet udara (lebih moden) didapati menunjukkan peningkatan jumlah bakteria sebanyak 15 peratus pada tapak tangan dan 42 peratus di hujung jari. Sebaliknya, tangan yang dikeringkan dengan tuala kertas menunjukkan pengurangan jumlah bakteria sehingga 77 dan 76 peratus pada tapak tangan dan hujung jari.

Malah penyelidik juga mendapati penggunaan mesin pengering tangan yang biasa juga boleh menyebabkan bakteria tersebar sejauh 0.25 meter daripada kedudukan mesin. Mesin pengering jet udara yang mempunyai kelajuan tiupan sehingga 1,036 ksj boleh menerbangkan bakteria sejauh dua meter. Ini bermakna penggunaan mesin pengering tangan ini boleh membuatkan bakteria tersebar ke seluruh bilik air. Selain itu, gunakan tisu untuk mengalas jari apabila menutup paip; atau anda boleh membersihkan kepala paip (dengan sabun) setiap kali mencuci tangan.

Bila perlu cuci tangan? Bila-bila dirasakan perlu, terutama apabila tangan kelihatan kotor; sebelum menyedia dan menyentuh makanan; keluar tandas; jika tangan terkena darah atau cecair badan; selepas bermain dengan haiwan peliharaan dan sebelum memegang kanak-kanak kecil.

“Tangan yang kelihatan bersih tidak bermakna ia benar-benar bersih (bebas daripada kuman) kerana ia terlalu halus untuk dilihat dengan mata kasar. Jika kita berada di tempat yang sukar mendapat air bersih, contohnya ketika dalam kenderaan awam dan tangan tiada tanda kotor, kita boleh gunakan cecair pembersih tangan beralkohol anti bakteria.

“Cara betul menggunakan cecair pembersih tangan anti bakteria - letakkan beberapa titis cecair pembersih di tapak tangan kiri, rapatkan kelima-lima jari kanan dan gosokkan hujung jari (supaya ia mengenai kuku) dan segera gosokkan kedua-dua belah tangan (depan, belakang dan pergelangan tangan) sehingga cecair pembersih kering. Ulang untuk kuku sebelah lagi. Mulakan kerja selepas tangan benar-benar kering,” katanya.

Ada yang bertanya, adakah kandungan alkohol dan bahan anti kuman itu mendatangkan kesan sampingan jika seseorang itu makan sejurus selepas itu? Jawapannya tidak. Ia tidak berbahaya kerana alkohol dalam cecair pembasmi kuman ini meruap (sejat) dalam 20 hingga 30 saat.

Selain itu penggunaan tisu lembap juga pilihan baik (kini sudah ada tisu lembap antibakteria), terutama ketika anda jauh dari punca air dan sabun. Namun begitu, pastikan tangan anda benar-benar kering sebelum menyentuh orang lain.


Sikap penduduk

Dr Lee berkata, walaupun semua orang tahu mencuci tangan itu penting, masih ramai yang tidak memberikan penekanan pada perkara ini.

Dalam Soal Selidik Kebersihan Antarabangsa 2009 untuk mengetahui sikap penduduk Malaysia terhadap kebersihan; 31 peratus responden berkata mereka mencuci tangan selama lima saat selepas keluar dari tandas. Responden lain memberitahu mereka mencuci tangan selama 10 saat (34 peratus); 20 saat (15 peratus) dan 60 saat (18 peratus).

“Lima saat adalah tempoh yang sangat singkat; besar kemungkinan mereka hanya membasahkan tangan saja dan berasakan ia sudah bersih. Seperti yang sering diulang; tangan perlu dicuci sekurang-kurangnya selama 15 saat dengan sabun dan air. Murid sekolah di Hong Kong digalakkan menyanyi lagu tertentu ketika mencuci tangan bagi memastikan tangan mereka dicuci dengan betul,” katanya.

Apabila ditanya cara paling berkesan bagi mengelak jangkitan selesema, ada dua kaedah yang dicadangkan iaitu kerap mencuci tangan (21 peratus) dan menutup mulut dan hidung apabila orang lain bersin (30 peratus). Sebenarnya dua langkah ini baik tetapi jika anda yang bersin, anda perlu menutup hidung dan mulut dengan tisu dan buangkan tisu ke dalam tong sampah.

“Jika tiada tisu dan ketika itu anda berada di tempat sesak, batuk atau bersinlah pada lengan baju (bahagian dalam; dekat dengan badan) kerana ia adalah tempat yang paling jarang bersentuhan dengan orang lain. Namun, cara yang lebih baik ialah sentiasa membawa tisu atau sapu tangan dan cecair pembersih tangan ke mana saja anda pergi,” katanya.


Antara penemuan lain di dalam soal selidik berkenaan ialah:

Tempat paling tercemar ialah kepala paip sinki dapur. Kajian menunjukkan 45 peratus kepala paip sinki dapur di negara ini dicemari bakteria Staphylococcus aureus (S aureus) dan 10 peratus tercemar dengan bakteria Escherichia coli (E coli).

Bagaimana ia boleh terjadi? Kepala paip sinki dapur ialah antara benda yang kerap disentuh dan pencemaran boleh berlaku ketika memasak. Biasanya, selepas mengendalikan bahan mentah, kita mencuci tangan sebelum memegang makanan yang sudah dimasak. Bagaimanapun, berapa ramai antara kita yang mencuci kepala paip ini? Mungkin ada yang tidak pernah langsung.

Bakteria paling banyak dikesan (pada lebih 50 peratus sampel) ialah E coli yang menjadi petanda penting terhadap tahap kebersihan rendah. S aureus dan E coli adalah dua bakteria yang paling lazim menyebabkan keracunan makanan dan cirit-birit. S aureus pula boleh menyebabkan pelbagai masalah ringan pada kulit seperti jerawat, nanah pada luka sehinggalah yang lebih teruk contohnya pneumonia (keradangan paru-paru) dan meningitis (keradangan selaput otak).

Didapati hampir 40 peratus papan pemotong penduduk Malaysia tercemar dan 15 peratus daripada itu dikategorikan ‘sangat tercemar’. Ini bermakna risiko untuk mengalami keracunan makanan adalah tinggi bagi penghuni rumah berkenaan.

Dalam kajian sama pada 2008 mendapati, secara global, kain lap dapur adalah ‘peralatan’ rumah paling kotor, tercemar dan mengandungi banyak kuman. Lebih 89 peratus rumah seluruh dunia mengandungi bakteria pada tahap tidak memuaskan, 78 peratus lagi dikategorikan sebagai sangat tercemar dan kotor. Malaysia lebih teruk kerana 100 peratus rumah responden di sini mempunyai kain lap dapur yang sangat kotor dan tercemar.

Perkara ini disebabkan sikap tidak mencuci kain lap dapur, membiarkannya terperap dalam keadaan basah dan disidai di tepi sinki atau dapur meningkatkan lagi tahap pencemaran di rumah. Selain itu, menggunakan kain sama untuk tujuan pembersihan selepas masak turut membantu menyebarkan bakteria ke seluruh dapur.

Antara objek yang paling kerap disentuh ialah tombol pintu tandas dan ia sangat tercemar. Kira-kira 20 peratus responden mengakui tidak pernah membersihkan tombol pintu tandas di rumah mereka.

Kira-kira 40 peratus alat kawalan jauh di negara kita sangat tercemar dan 63 peratus pemilik berkata tidak pernah membersihkan alat kecil yang sangat kerap digunakan itu. Keputusan ini juga menunjukkan bahawa pemiliknya kurang memberi penekanan terhadap kebersihan tangan.

Permukaan yang paling bersih di dalam rumah ialah telefon dan tombol penyimbah tandas.


by PKP pmneus http://pmneus.blogspot.my/2010/12/tangan-banyak-bakteria-virus.html

Isnin, 11 April 2016

WHO IS DR. ZAKIR NAIK?

Here are 8 facts about Dr Zakir Naik:

1. Dr Zakir Abdul Karim is an international orator on Islam and Comparative Religion. He was born on October 18, 1965, in Mumbai (Bombay at the time).

2. He is a medical doctor who graduated with a Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) from Mumbai. In 1991, Dr Zakir started working in the field of Dawah and founded the Islamic Research Foundation (IRF).

3. He is popular for his critical analysis and strategic answers to challenging questions posed by his audiences during his public talks.

4. Dr Zakir clarifies Islamic viewpoints and clears misconceptions about Islam, using the Qur’an, Hadith and other religious scriptures as a basis, along with scientific facts.

5. According to Islamic Research Foundation’s website, in the last 20 years, Dr Zakir Naik has delivered over 2,000 public talks across the globe.

Among the countries he had explored are United States, Canada, United Kingdom, Italy, France, Arab Saudi, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Botswana, Nigeria, Ghana, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong, China, Mauritius, Sri Lanka and Maldives.


6. In 2012, Dr Zakir held a programme in Malaysia. It took place in Johor Bahru, Universiti Teknologi Mara in Shah Alam, Kuantan and Putra World Trade Centre.

7. In fact, in March 2012, his public talk in Kishangani, India was attended by over one million people, being one of the largest gatherings in the world for any religious lecture by one speaker.

8. He has also received numerous awards from leaders around the world. On 2013, the Department of Islamic Development Malaysia conferred a Ma'al Hijrah Distinguished Personality award to Dr Zakir in a ceremony at the Putrajaya International Convention Centre. The award was presented by Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.


source : http://english.astroawani.com/malaysia-news/8-facts-you-need-know-about-controversial-preacher-dr-zakir-naik-101971

Rabu, 6 April 2016

Macamana mereka dapat...buat...ternak DUIT?



10 Kata-kata yang akan memberi inspirasi kepada anda untuk Buat Duit Online

Dapatkan inspirasi daripada rakan-rakan ini, yang melihat wang dengan cara yang berbeza!
Kerana kita semua suka memetik kata-kata orang yang terkenal, kami telah mengumpul beberapa petikan yang akan membuat anda tersenyum dan berfikir tentang membuat wang segera!


*Era digital hari ini telah memberikan kita kemungkinan besar. Manusia kini mempunyai pelbagai jenis alat untuk mengakses maklumat di Internet dan menggunakannya untuk kebaikan kita sendiri. Ini termasuk mempelajari pelbagai perkara, membeli produk dan yang paling penting membuat wang dalam talian.

Ada tanggapan umum bahawa membuat wang adalah dikaitkan dengan mempunyai pekerjaan dengan waktu kerja standard atau mempunyai pengaruh kuat yang akhirnya akan membantu untuk mencari pekerjaan dengan waktu kerja standard. Tetapi ini telah berubah lama dahulu, dan membuat wang dalam talian datang kepada kehidupan kita sebagai cara alternatif.

Kami datang untuk memahami bahawa membuat wang bukanlah satu proses linear yang berlaku perlahan-lahan. Sebaliknya, membuat wang adalah satu proses menggunakan alternatif dalam talian, menyedari kemungkinan yang berbeza dan mempunyai keinginan untuk menggunakannya secara praktikal. Pemikiran ini membolehkan untuk membuat wang dalam talian dari rumah atau di mana sahaja yang anda mahu dengan menggunakan masa dan tenaga anda cekap. Ia juga mendedahkan jawapan utama kepada soalan kegemaran kami untuk membuat wang, iaitu untuk bertindak dengan cepat dan mengetahui apa yang Internet ini boleh tawarkan.

Perkembangan dalam talian terbaru telah membuktikan bahawa anda boleh membuat wang dalam talian. Bergantung kepada apa yang anda mahu, anda perlu mencari pilihan terbaik dalam talian yang serasi dengan gaya hidup anda. Selebihnya hanya memerlukan masa dan motivasi.

Mulakan membuat wang dalam talian hari ini, tetapi sebelum itu semak daripada koleksi kami kata-kata inspirasi, yang akan membantu anda untuk mengekalkan motivasi anda tinggi. Nikmatilah!

Quote 1

Quote 1: "Janganlah tinggal di tempat tidur, melainkan jika anda boleh membuat wang di situ" -George Burns

Quote 2

Quote 2 "Membuat wang adalah hobi yang akan melengkapkan mana-mana hobi lain yang anda ada, indah" -Scott Alexander

Quote 3

Quote 3 "Hidup semakin baik apabila saya mula membuat wang" -Balthazar Getty



Quote 4 "Untuk menjadi kaya, anda perlu untuk membuat wang semasa anda tidur" -David Bailey

Quote 5

Quote 5 "Setiap hari adalah akaun bank, dan masa adalah mata wang kita. Tiada siapa yang kaya, tiada siapa yang miskin, kami mempunyai 24 jam setiap "Rice -Christopher

Quote 6

Quote 6 "Perkara yang paling penting dalam dunia bukanlah wang tetapi cinta. Mujurlah, saya cintakan wang "-Jackie Mason

Quote 7

Quote 7 "Semakin lama anda tidak mengambil tindakan lebih banyak wang yang anda akan hilang" -Carrie Wilkerson



Quote 8 "Apabila ekonomi beralih, anda perlu mempunyai sumber yang sah dan kreatif menambah pendapatan. Terdapat peluang yang ada yang orang telah menggunakan selama bertahun-tahun sekarang "-Franklin Gillette

Quote 9

Quote 9 "Jangan sekali-kali bergantung kepada pendapatan tunggal. Membuat pelaburan untuk mewujudkan satu sumber kedua "-Warren Buffett

Quote 10

Quote 10 "Wang adalah seperti deria rasa keenam - dan anda tidak boleh menggunakan lima yang lain tanpa ia" -William Somerset Maugham


Terjemahan terus dari www.surveybee.net 

Ahad, 3 April 2016

Tak tau nak letak caption apa...tapi aku berdehem terbahak2.....hemmm...hemmm...hemmmooooo...hahaha

Ditinggalkan Kekasih Kerana Miskin, Lelaki Ini Bangkit Semula Selepas 10 Tahun


Tidak ada perempuan yang tak inginkan pasangan seperti yang mereka mahukan. Seorang lelaki yang punya paras rupa menarik, punya pekerjaan yang bagus, gaji yang besar dan sebagainya. Ada pula yang hanya mengharapkan seorang lelaki yang boleh menyayangi dan mencintanya sepenuh hati.
Gadis ini pula inginkan lelaki yang sama taraf dengannya. Ini adalah cerita bagaimana seorang lelaki miskin yang cuba melamar seorang gadis kaya namun lamarannya ditolak kerana tidak setaraf.
“Gaji awak sama banyak dengan duit belanja yang saya dapat setiap hari. Macam mana saya boleh hidup dengan awak?”
Gadis itu meneruskan lagi, “Bagaimana awak boleh terfikir semua ni? Saya tak mungkin jatuh hati dengan awak, jadi lupakan saya dan cari orang yang sama taraf dengan awak!”
Atas beberapa sebab lelaki ini tidak boleh lupakan gadis tersebut. Lebih kurang 10 tahun, mereka secara tidak sengaja bertemu di sebuah kompleks membeli belah. Wanita ini masih lagi mengenali lelaki tersebut.
“Hei, apa khabar? Saya dah berkahwin dengan seorang lelaki yang bijak dengan gajinya berjumlah $15,700 sebulan. Boleh lawan?”
Lelaki tersebut hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa sambil menahan sebak dengan kata-kata gadis itu. Tidak berapa lama kemudian, suaminya datang. Tanpa sempat berkata apa-apa, suaminya yang mengenali lelaki tersebut menegur.
Tuan? Selamat tengah hari. Nampaknya tuan dah jumpa isteri saya.”
“Selamat tengah hari, En..?”
“En Carter, tuan.” Tambah suaminya.
Sambil memandang isterinya dan berkata, “Sayang, kenalkan bos saya. Dia lah pemilik projek $100juta yang saya tengah kerja sekarang.”
Wanita tersebut terkejut tanpa berkata apa-apa. Lelaki itu tersenyum dan berkata, “En Carter, nampaknya saya terpaksa beransur dulu,. Ada perkara penting saya nak uruskan. Gembira bertemu awak hari ni.”
Mereka hanya memandang lelaki tersebut berlalu pergi. Masih tidak mempercayai apa yang baru berlaku, wanita tersebut bertanya kepada suaminya, “Dia bos awak?” “Ya sayang. Dia seorang lelaki yang sangat merendah diri, tapi kisah hidupnya sedih. Mereka cakap, dia pernah mencintai seorang perempuan tapi ditolak kerana dia miskin. Sejak itu dia berusaha keras untuk buktikan dia boleh berjaya dan jadi kaya seperti sekarang. Tapi dia masih tak boleh lupakan perempuan tersebut sebab tu dia masih bujang.”
“Alangkah bertuahnya perempuan tersebut kalau dia berkahwin dengan bos saya.”
Ini adalah kisah untuk kita supaya tak mudah untuk mengadili seseorang. Tak semestinya hari ini dia orang miskin 10 tahun lagi dia akan terus miskin.
Sumber: Crackerdaily.com

14 Tip Pembersihan Yang Anda Wajib Cuba!

Sumber tiphero.
Jom tengok beberapa trick mudah untuk bersihkan alatan di rumah anda!
1. Hilangkan kotoran degil di permaidani anda menggunakan seterika dan tuala lembab. 
]
25
2. Hilangkan kotoran makanan degil di papan pemotong dengan menggosok lemon serta garam.

24
3.Bersihkan loyang pembakar anda menggunakan baking soda. Campurkan baking soda bersama air sehingga menjadi pes, kemudian gosok, biarkan sekejab dan bilas.

23
4. Bersihkan kepala pancuran air anda menggunakan cuka dan plastik. Ikut sahaja cara di bawah ni dan hasilnya memang memuaskan!
22
5. Bersihkan tilam anda menggunakan vaccum kemudian taburkan baking soda di seluruh tilam. Biarkan selama 2 jam dan vaccum sisa vaccum soda yang ada.
21
6. Bersihkan penyagat anda menggunakan kentang! Kesannya pasti membuat anda terkejut!20
7. Isi mangkuk dengan 1 bahagian air dan 1 bahagian cuka panaskan di gelpmbng tertinggi selama 2 minit. Ianya akan membersihkan dan melembutkan kotoran yang terdapat didalam microvave. Akhir skali anda hanya lap bekas kotoran yang tertinggal. 

19
8. Nak bersihkan mainan anak anda? Masuk sahaja dalam mesin basuh! *Peringatan : jangan masukkan mainan yang mudah patah dan rosak.
18
9. Gunakan stokin lama dan campuran cuka serta air untuk membersihkan tingkap anda. Mudah je kan?
16
10. Masukkan air serta sabun pencuci dan kemudian blender selama beberapa saat! Tadaaa.. senang giler ok!

12
11. Rendam berus gigi anda dengan campuran cuka dan air selama 30 minit kemudian bilas.
 11
12. Bersihkan pembakar roti anda menggunakan serbuk krim tar – tar dan air. 
10
13. Sapukan campuran baking soda serta air di dinding jubin kemudian berus dan tinggalkan selama 15 min! Selepas itu berus dan bilas sehingga bersih. 
6
14. Gunakan campuran minyak sayuran dan baking soda kemudian gosok kabinet anda menggunakan span atau pu berus gigi lama! 
1
"SELAMAT MENCUBA"
1

Sabtu, 2 April 2016

Kreatif dalam penjimatan ruang - MiniAgro

Kretif..ruang untuk menanam sayur kini lebih menjimatkan..
1. Bahan2


a. Paip 5 kaki
b. botol kaca(botol kicap)
botol mineral 1.5l
c. penymbur api
d. pembaris
e. gergaji besi
f. sedikit air.


2.  Lukis garisan seperti di dalam gambar ikut kehendak sendiri..dalam gambar 20 cm dari atas sampai bawah. Garisan berkenaan ambil gergaji besi lubangkan sedikit

3. Basahkan tampat dilukis, kemudian panaskan tempat lukis tersebut atas bawah berulang2 pengunakan penyembur api

4.  Selepas panaskan paip, masukkan botol bentukkan seperti dibawah

5.  Hasil lubang yang terbentuk untuk semaian


6. Masukkan pasir bercampur baja.Potong botol mineral, tebuk sedikit lubang pada tudung.letakkan seperti dalam gambar dan masukkan air. Boleh tanam atau buat tapak simen seperti di dalam gambar.

[ kredit kepada Nik Ismail/ FB]

Jumaat, 1 April 2016

Celik Mata Hati


Ihsan FB


Omar Eddie
Jangan TAWAR MENAWAR dengan mereka. Kerana mereka berniaga bukan untuk kaya tetapi sekadar untuk rasa selesa. Kalau hotel/restoran mahal boleh pulak KEEP THE CHANGE. Sepatutnya dengan mereka ini harga RM2 pun bagi lah RM10 dan jangan ambil baki.