Jumaat, 13 Mac 2015

Kalau aku memasak...!!

Lamb Chop Thorbaek!!!

Pernah tak awak2 memasak dan jamukan kepada orang sambil jantung dup dap..dup dap menantikan respon diorg tentang hasil masakan awak2???

Saya pernah!

Pertama kali saya yakin utk menghidang hasil masakan kepada orang lain setelah tengok isteri buat Lamb Chop di rumah. Saya dapat rasakan bhw inilah kali pertama minat tk memasak datang dlm diri saya.

Percaya atau tidak...seterusnya saya membuat keputusan drastik selepas isteri katakan "SEDAP" kpd saya apabila saya hidangkan dia Lamb Chop hasil tangan saya. Apa yang drastiknya??

Setelah 2 3 kali mencuba...saya terus buat keputusan untuk menjual masakan saya. Selain dpd sebab menambah duit poket. Saya jadikan perniagaan kecil-kecilan yg saya mulakan itu sebagai perintis usaha saya menceburi lapangan "Jana Pendapatan" ini. 

Pertama kali menerima komen dpd pelanggan menyatakan Lamb Chop saya 'agak' menjadi sudah cukup memberi peransang untuk saya melangkah lebih jauh ke depan. Tapi bukan cerita aktiviti dagangan saya yang ingin saya kongsikan. Cuma secebis resepi ringkas untuk dicuba kalian..:-

Lamb Chop Black Paper

Bahan-bahan

Utama
-kepingan daging kambing (lamb shoulder slice)

Perapan
-serbuk lada hitam
-gula pasir

Sos
-Sos lada hitam
-Sos Cili (Thai)
-Kicap manis
-Gula
-Garam
-Jus lemon/cuka
-Bancuhan air tepung jagung

Cara-cara memasak :
 A. Perapan
1. Perapkan daging kambing bersama serbuk lada hitam dan gula secukup rasa
2. Pastikan serbuk lada hitam digaul rata agar semua kepingan daging dilumuri lada hitam (tujuan melembutkan daging)
3. Masa diambil untuk proses perapan sekurang-kurangnya 1 jam

B. Memasak
1. Daging kambing yang telah diperap dibakar dengan oven di dalam suhu 180'C selama 25 minit
2. Jika daging nampak sedikit kering, boleh dikeluarkan dari oven

C. Penyediaan sos
1.Panaskan setengah cawan air
2.Masukkan sos lada hitam pekat ke dalam air mendidih
3.Campurkan sedikit sos cili (Thai) ke dalam campuran tadi
4. Masukkan kicap manis
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa
6. Apabila campuran mendidih, masukkan jus lemon/cuka dan kacau 
7. Masukkan 2 sudu bancuhan air tepung jagung

Apabila  sos telah likat, tutup api dan hidangkan Lamb Chop bersama french frice, coeslaw, kacang bakar atau apa sahaja mengikut selera anda. Sekian entry kali ini. Selamat mencuba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan