Jumaat, 25 Mac 2016

MANISNYA HEMPEDU..!!!

KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH telah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.

(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang orang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.

(Surah Al-Baqarah ayat 216)

RASA FRUST????

Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman

(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?????

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan ) dan kuatkan lah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh ( di medan perjuangan ) dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan )”.

(Surah Al-Imran ayat 200)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?????

Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.

(Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?????

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri & harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka …”

(Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP????

Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain dari-NYA. Hanya kepada-NYA aku bertawakal

(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!!!!!!!!
“…… Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”

(Surah Yusuf ayat 12)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!!!!!!!!

Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertaqwa “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab “( Allah swt telah menurunkan ) kebaikan”. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat pembalasan yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat orang yang bertaqwa.”

(Surah An-Nahi ayat 30)





Khamis, 24 Mac 2016

JOM BERSAMA BERSENAM LIDAH & MUKA


Senaman urat ketawa dengan huruf K:

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,"Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam... kenapa?" Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kuku ku kelurut, kita kena ketiplah!"
Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan,"Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?
Ketam ketawa, Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..Kuh..kuh..kuh..kuh!!Kodok..Kodok..kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"
Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"
Ketam kilas, "Kelakar."
"Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok.
Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat."kelekuk !", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam
kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan."Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.




Senaman urat manja dengan huruf C:

Copot cahabat ciput Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. cahaye cerah cube culik copot.
Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. copot cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat
cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot. ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap... cenyap copot... ". copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah... ". celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot... ". ciput cenyum
cambil chow came copot... Caja cuka cuka.

Mat Saleh Ni Kongsi Gambar Nostalgia Semasa Lawat Malaysia Tahun 1975

Sumber: zafigo.com Oleh: Aimi Nordin

Tiada dulu tiada lah sekarang. Lihatlah perbezaan negara kita terutama sekali ibu negara, Kuala Lumpur yang semakin pesat membangun. Bangunan pencakar langit dan teknologi moden pun makin maju.

Rod Savidge dan keluarganya pernah bercuti ke Kuala Lumpur pada tahun 1975. Melihatkan kemajuan negara kita sekarang mereka memuat naik gambar-gambar Kuala Lumpur pada tahun 1975 di Flickr.


Mengimbau kenangan betul gambar-gambar ni.


1.    Tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada 2 Ogos 1975

2.    Tiada satu pun habuk di atas lantai

3. Kanak-kanak ini kelihatan begitu gembira sekali.

4.    Lembu dan kayu.  Haiwan yang diberi makan cukup.

5. Pekerja wanita buat jalan. Situasi yang mungkin mustahil kita nampak hari ini. 

6.    Deretan kedai yang jual surat khabar 


7.  Lorong jalan di Kuala Lumpur dengan iklan yang lebih kurang sama. 

nuffnang...

Apa itu nuffnang? saya pun pada awalnya tak mengenali nuffnang langsung. Bila mendengarkan namanya, ia seakan2 "familiar" bak kata orang kita biasa dengar...tapi tak pernah jumpa..hari ni saya nekad mencuba nasib di nuffnang ni. Nak juga rasa hati ni mencuba seperti orang lain...dengar saja tak cukup kan? Bila kita cuba kita akan lebih mengenali...nantikan apa hasil saya berikutnya...k bai!!