Rabu, 27 Ogos 2014

KALAU AKU KAYA!

Kalau aku kaya, hari-hari hari raya....bit lagu dari Awie Rafael Kalau Aku Kaya semakin dikenali dan menitiu di bibir peminat muzik tanahair. Lagu ini seakan meluahkan kebenaran bahawasanya ramai orang yang inginkan kesenangan hidup, kekayaan serta kemewahan. Malahan pemikiran kita seakan disetkan bahawa kekayaan mampu menyelesaikan segala masalah yang kita sedang hadapi. Ya. Memang kekayaan merupakan penyelesaian kepada banyak masalah. Namun harus diingat, jangan pula kekayaan ini menjadi punca kepada masalah yang lebih besar kelak. Mungkin jua kekayaan itu menghilangkan setengah memori kita. Saat sukar dalam hidup yang selama ini menjadi panduan menelosori hidup dengan penuh berhati-hati, akan lenyaplah pengajaran tersebut seandainya kita gagal menakhoda sisi kehidupan baru kita yang pada pandangan mata kasar sangatlah indah. 


Namun tiada salah untuk berusaha ke arah kekayaan iaitu mendapatkan nikmat dan rezeki yang Allah s.w.t hamparkan di muka bumi ini. Jalan mendapatkan rezeki ini pula mestilah betul dan secara menurut syarak. 

Rabu, 13 Ogos 2014

Kalaulah aku..........

Kalaulah kalau menjadi kenyataan

Manusia memang sukakan perkataan "kalau", tak kiralah sebagai alasan atau angan-angan. Tapi kadang-kadang "kalau" juga digunakan sewaktu berjanji. Ketika termenung sendirian, penulis banyak berfikir, berangan-angan..dengan tiba-tiba perkataan kalau menjadi sesuatu yang menarik minat penulis. Ye...ini permulaan langkah ke arah perubahan. Sesetengah orang menganggap "kalau" sebagai sesuatu yang negatif, tetapi entry selepas ni, penulis akan cuba memaparkan sisi positif "kalau" Nantikan entry seterusnya dalam masa terdekat kalau ada masa.

Ahad, 3 Ogos 2014

Perniagaan, Talian Hayat untuk kita

DADIH



"Kemiskinan membawa kepada kekufuran". Benar bukanlah kekayaan atau kemiskinan seseorang menjadi ukuran kepada keimanannya kepada Maha Pencipta. Akan tetapi hakikat ini janganlah diabaikan bahawasanya Allah menyuruh hambanya mencari kehidupan di dunia dalam masa yang sama jangan lupa melaksanakan suruhanNya. 

Suatu ketika dulu, saat aku masih tidak bekerja terasa diri tidak bermanfaat. Malah pernah juga memikirkan bilakah saatnya aku akan dikurniakan kesenangan dan keselesaan. Sabda Nabi S.A.W bahawa "9/10 pintu rezeki datangnya daripada perniagaan".Oh, apa salahnya kalau aku mencuba.

Macam-macam idea datang tapi tak semua aku rasa aku boleh buat. Apa kemahiran yang aku ada??

Dipendekkan cerita suatu hari ketika menemani kakakku membeli barang dapur, terpandang satu bungkusan.........


Oh...dadih!
Aku sendiri pun tak pernah makan dadih. Tapi baru-baru ni aku ada menonton drama Jepun..."My Boss My Hero" kalau tak salah tajuknya. Dalam drama tersebut menjadi kegilaan para pelajar sekolah untuk makan jelly, aku sendiri tak ingat apa namanya (sebab dalam drama tersebut jelly tersebut diberi nama). Setiap kali waktu rehat di sebuah sekolah tinggi di Jepun, para pelajar akan berlumba-lumba menuju ke kantin untuk membeli jelly yang dijual dalam jumlah terhad iaitu 20 biji setiap hari. Jelas lakonan mereka menunjukkan perasaan kecewa yang amat terkesan kepada penonton jika mereka tidak dapat menikmati jelly tersebut.Eh..kita tinggalkan cerita di Jepun itu...cuma dari sanalah timbul idea aku untuk mencuba sesuatu yang tak pernah aku buat, bidang masakan. Dadih! Ya..amat mudah bagi golongan chef atau mereka yang sudah biasa memasak. Bagi aku ianya terlalu baru, asing kerana sebelum ni aku tak pernah memasak. Memikirkan keperluan terhadap duit untuk menanggung hidup, aku cuba.

Masa tu aku boleh buat 20-30 dadih untuk aku tumpang van iparku yang pusing kampung untuk menjual ikan. Hari pertama, dadih strawberry aku buat. Habis terjual. Wah...semakin semangat aku nak teruskan usaha ni. Tapi masa tu aku pun tak pernah kira untung rugi. Setahu aku, jual RM1 setiap dadih. Masa berlalu hinggalah aku dapat kerja tetap.


Dah ada kerja tetap, tahun pertama, kedua masih boleh menanpung diri. Tahun ketiga sudah berkeluarga, perbelanjaan bertambah. Gaji tak seberapa, aku mula terfikir balik nak berniaga. Ya, dadih lagi. Kali ni, aku keluarkan modal cukup banyak untuk beli chiller. Aku sewa tapak di kedai makan milik kawan aku. Setelah berbincang, dia tetapkan sewa RM50 sebulan untuk bayar bil elektrik. Aku cuba cipta kelainan, buat dadih berlapis. Pelbagai perisa aku cuba. Kali pertama aku buat 60 bekas dadih dengan jualan Rm1.50. Setiap 2 hari dadih akan habis dan aku perlu buat baru. Seterusnya aku buat keputusan meningkatkan jumlah jualan, langkah pertama tingkatkan jumlah penghasilan dadih. Aku boleh buat 90 bekas dadih daripada 3 bungkus perisa. Memang berbaloi. Walaupun memakan masa 3 jam menyiapkan jumlah tersebut tetapi jualan dalam masa 2-3 hari memberikan aku pendapatan tambahan yang cukup untuk menampung keluarga sebagai duit tambah daripada gaji tetap. Sekurang-kurangnya ada tabungan kecemasan untuk kami sekeluarga. Inilah hakikat hidup. Satu pendapatan sebenarnya belum cukup untuk menampung hidup pada masakini. Perbelanjaan semakin meningkat, kos sara hidup meningkat tidak seiring dengan kenaikan pendapatan. Semuanya serba tidak cukup. Terus terang aku katakan, semakin hari semakin sukar untuk menghambat peredaran zaman yang semakin mahal ini. Peranan kita kini, usaha sendiri untuk membolehkan kita meneruskan hidup, bukan lagi masa untuk bersenang lenang. Aku masih mencari ruang dan peluang untuk menambah pendapatan keluarga. Sekian